News for Liga Futsal UMP

Musim 2009 kini bermula

Posted Tue Dec 23, 2008 - 06:36 PM

Gambang, 23hb Dis 2008 - Majlis pengundian perlawanan Play-off penentuan divisyen telah diadakan hari ini, 3.00 petang di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pendaftar. Majlis pengundian ini disempurnakan oleh En. Wan Abdul Rashid, Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia. Berikut adalah keputusan pengundian :-

1. PTMK - Celtic
2. Perpustakaan - Porto
3. FKKSA - Atletico Madrid
4. FKM A - Barcelona
5. FKM B - Lyon
6. JPPH A - Arsenal
7. FKEE/PBMSK - Roma
8. FKASA B- Liverpool
9. JHEPA A - Real Madrid
10. JHEPA B - Chelsea
11. Keselamatan - Juventus
12. FKPPT/FIST/FSKKP - Manchester United
13. P&I - Inter Milan
14. JPPH B - Villareal
15. Jabatan Pendaftar - Valencia
16. FKASA A - Ajax Amsterdam
17. PNC/Bendahari/JHEAA - Bayern Munich

Sila rujuk jadual perlawanan untuk mengetahui perlawanan play-off yang akan dilangsungkan pada06 & 07 Januari 2009.

Pengundian Pasukan-Pasukan Bertanding

Posted Fri Dec 19, 2008 - 07:54 AM

Berikut adalah pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan dalam Liga Futsal UMP:-

1.FKASA 1
2.FKASA 2
3.Keselamatan
4.Gabungan NC,Bendahari & TNC(AA)
5.PTMK
6.Perpustakaan
7.Gabungan FKEE & PBMSK
8.JPPH 1
9.JPPH 2
10.JHEPA 1
11.JHEPA 2
12.FKM 1
13.FKM 2
14.Gabungan FSKKP,FIST & FKPPT
15. Jabatan Pendaftar
16. P&I
17.FKKSA

Pengundian nama dan Play-off akan dijalankan pada 23hb Dis 2008 ( Selasa ) pukul 3.00 petang di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pendaftar.

Kepada pengurus-pengurus pasukan atau wakil sila hadirkan diri pada waktu tersebut.

Sekian, harap maklum.

PnI tidak gentar

Posted Fri Dec 19, 2008 - 02:31 AM

Gambang- Pasukan futsal PnI yang baru sahaja selesai menjalani siri perlawanan persahabatan di sekitar Kuantan kini berwajah baru. Menurut kata pengurus pasukan,En Rahman Ahmad, PnI telah berjaya mengasimilasikan gabungan pemain baru dan lama dan diharapkan agar gandingan ini akan membuahkan hasil.

"Kami telah menyerap beberapa pemain baru berkualiti ke dalam pasukan, dan nampaknya perancangan serta strategi kami berada pada tahap yang amat memuaskan",kata En Rahman.

Dengan rekod tanpa kalah sepanjang siri perlawanan persahabatan,termasuk ketika menentang KMC dan BPA UMP, PnI tampak begitu bersedia untuk mencabar pasukan-pasukan lain pabila liga bermula nanti. Walaupun berhadapan dengan masalah kecederaan pemain, namun itu bukanlah alasan bagi pasukan sehebat PnI untuk mengalah. PnI yakin bahawa tahap kecergasan pemain akan kembali pulih dan pemain akan 100% bersedia untuk menggalas cabaran merebut segala piala yang dipertandingkan sepanjang musim. Utusan PnI

Pilihan UMP pamer kehebatan

Posted Fri Dec 19, 2008 - 02:23 AM

Indera Mahkota,18hb Dis 2008 - Malam tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan di antara pasukan Pilihan UMP melawan Semambu. Pilihan UMP yang dibarisi gabungan beberapa pemain dari Fakulti dan Jabatan di UMP berjaya mempamerkan persembahan cemerlang apabila berjaya menundukkan pasukan Semambu 6-4.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berbalas serangan sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan. Selepas kedudukan 4-4 sama, Pilihan UMP menambah 2 gol lagi bagi memastikan kemenangan mutlak.

Pilihan UMP membariskan Yoe, Gump, Mahdi,Mahmud, Iju, Lanun,Shukri, Ayeob dan seorang pemain Jemputan.

Jabatan Pendaftar menang aksi perlawanan pra-musim

Posted Thu Dec 18, 2008 - 02:15 AM

Indera Mahkota,17hb Dis 2008 - Jabatan Pendaftar telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Polis Marin di Arena Futsal. Perlawanan ini merupakan persediaan pasukan Jabatan Pendaftar menghadapi Liga Futsal UMP yang akan bermula pada 06hb Julai 2008.

Walaupun aksi awal menampakkan penguasaan pasukan polis Marin tetapi Pasukan Jabatan Pendaftar berjaya mengawal permainan tersebut dan seterusnya muncul pemenang dengan keputusan 10-5.

Pemain-pemain pasukan Jabatan Pendaftar menunjukkan permainan yang bersemangat kemungkinan oleh faktor gaji dan bonus yang bakal diterima keesokan harinya.

Kepada pasukan-pasukan yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan, sila hubungi Yoe atau Gump.

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com