1.0 TARIKH & TEMPAT KEJOHANAN
Tarikh: 12 Februari 2011 – 26 Mac 2011
Tempat: Chendering Futsal, Kg. Chendering, Jalan Bypass

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN
2.1 Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum sehingga 10 orang pemain bagi setiap perlawanan yang memenuhi kriteria di bawah :-
i) Kakitangan Tetap;
ii) Kakitangan Kontrak;
iii) Kakitangan Sambilan
Setiap pasukan boleh mendaftar pemain yang berbeza bagi setiap perlawanan dengan syarat pemain tersebut mestilah dari PTJ yang sama dan belum berdaftar dengan mana-mana pasukan.

2.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.

2.3 Untuk memulakan perlawanan, bilangan minimun pemain untuk satu pasukan adalah 3 orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain diperintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga (3) Pemain (termasuk Penjaga gol), maka permainan hendaklah dibatalkan dan keputusan semasa dikekalkan. Sekiranya pasukan yang tinggal kurang dari tiga (3) pemain itu mendahului, keputusan semasa adalah batal dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan dengan keputusan 3-0.

2.4 Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada Pemain lain.

2.5 Syarat-syarat berikut hendaklah dibuat apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan:
a) Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi tepi di kawasan Zon Penggantian.
b) Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian di kawasan Zon Penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga Pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.
c) Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan Pengadil samada memanggil atau tidak untuk bermain.
d) Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke gelanggang, di mana ketika ia menjadi Pemain dan Pemain yang diganti tidak lagi dianggap Pemain.

2.6 Penjaga Gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana Pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang Pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.

2.7 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan didaftarkan sebagai Pemain.

2.8 Kakitangan yang berpindah jabatan dibenarkan mewakili pasukan baru atas budi bicara pengurus. Pemakluman kepada Jawatankuasa Penganjur perlu dilakukan dengan melengkapkan Borang Perpindahan Pemain.

2.9 Pasukan yang kekurangan pemain tetapi ingin mendaftarkan mengambil bahagian dalam Liga Futsal UMP dibenarkan meminjam pemain dari PTJ yang lain setelah mendapat kebenaran daripada pengurus pasukan PTJ yang terbabit.

3.0 YURAN PENYERTAAN
3.1 Setiap pasukan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM300.
3.2 Bayaran hendaklak dijelaskan kepada Pihak Penganjur satu ( 1 ) minggu sebelum kejohanan bermula.

4.0 PERATURAN PERMAINAN
4.1 Semua perlawanan akan berdasarkan Peraturan Sukan Futsal FIFA (“FIFA Laws of the Game of Futsal) kecuali sebarang perubahan yang dibuat oleh Jawantankuasa Penganjur dan dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan ini.
4.2 Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan untuk disesuaikan dengan pertandingan ini.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 Divisyen dan akan dijalankan secara 2 format iaitu Liga dan Piala Pendaftar.

Liga
5.2 Bagi Pusingan Liga, pertandingan akan dijalankan secara Liga satu pusingan dimana setiap pasukan akan bertemu satu sama lain.
5.3 Johan ialah pasukan yang menduduki tempat pertama dalam liga. 5 pasukan teratas Divisyen 1 dan 3 pasukan teratas Divisyen 2 layak untuk bertanding dalam Piala Pendaftar.

Piala Pendaftar
5.4 Format kalah mati akan digunakan bagi pertandingan peringkat Piala Pendaftar
6.0 HADIAH KEJOHANAN
Divisyen 1:
Johan - Piala Pusingan, Medal, RM200
Naib Johan - Medal
Ketiga - Medal

Divisyen 2 :
Johan - Piala Pusingan, Medal, RM150
Naib Johan - Medal
Ketiga - Medal

Piala Pendaftar :
Johan - Piala Pusingan, Medal, RM100
Naib Johan - Medal
Ketiga - Medal

7.0 KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN
7.1 Seseorang Pemain yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut dalam perlawanan pada pandangan pengadil, hendaklah dihukum dengan sepakan percuma , dibuat oleh pihak lawan dan di tempat di mana kesalahan berlaku. Jika mana-mana dari kesalahan di atas dilakukan dalam kawasan penalti maka satu sepakan penalti akan diberi. Sepakan penalti ini akan diambil 6 meter dari gol.
7.2 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau Pemain yang melakukan kesalahan di luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai melakukannya di dalam padang.
7.3 Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang berlainan akan dihukum satu (1) perlawanan. Kad kuning yang diterima akan dibawa ke Pusingan seterunya. Pemain yang menerima 1 kad merah atau 2 kad kuning dalam satu perlawanan yang sama akan digantung 2 perlawanan. Pemain yang telah menerima kad merah dan dibuang padang tidak boleh mengambil bahagian lagi dalam perlawanan tersebut malah juga tidak dibenarkan berada di kawasan permainan. Pemain gantian dibenarkan memasuki padang untuk mengganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan tetapi sekiranya pasukan lawan berjaya menjaringkan gol sebelum tamat 2 minit tersebut maka pemain gantian itu boleh masuk menggantikan pemain yang dibuang padang.
7.4 Pungutan kad kuning dan kad merah dalam Pusingan Liga akan dibawa ke Pusingan Piala Pendaftar.
7.5 Sebarang rayuan bagi penggantungan tidak akan dilayan.

8.0 PENGGANTUNGAN
8.1 Mana-mana Pemain yang didapati berkelakuan kasar seperti bergaduh atau menyerang pengadil perlawanan atau tidak menunjukkan semangat kesukanan akan digantung bermain sepanjang tempoh pertandingan ini.

9.0 BOLA DALAM & LUAR PERMAINAN
9.1 Bola dikira di luar kawasan permainan apabila ianya merentasi
a) Garisan tepi
b) Garisan gol belakang
9.2 Untuk memulakan perlawanan apabila bola keluar dari kawasan permainan, prosedurnya adalah:-
a) Keluar Garisan Tepi ( ‘Kick –In’ )
• Bola diletakkan di atas garisan di mana bola itu keluar.
• Bola itu ditendang masuk dari garisan tepi ke pemain pasukannya. (“kick in”)
• Sebahagian daripada kedua-dua kaki pemain berada di atas garisan tepi ATAU atas permukaan di luar garisan tepi pada saat menendang bola ke dalam.
• Pemain yang mengambil tendangan masuk itu mesti membuat demikian dalam masa 4 saat.
• Jaringan gol TIDAK BOLEH dibuat terus daripada sesuatu ‘kick – in’
b) Keluar Garisan Gol belakang (‘Goal clearance’)
• Penjaga Gol mestilah membaling bola menggunakan tangannya sahaja untuk memulakan permainan.
• Penjaga Gol mestilah membaling bola tersebut dalam masa 4 saat.
• Jaringan gol TIDAK BOLEH dibuat terus dari ‘goal clearance’

10.0 CARA MENJARINGKAN GOL
• Gol boleh dijaringkan dari mana-mana kawasan di dalam gelanggang permainan semasa permainan dijalankan termasuk dari dalam kawasan penalti.
• Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan masuk daripada garisan tepi ataupun dari balingan terus penjaga gol.
• Penjaga Gol dibenarkan keluar dari kawasan penalti tetapi tidak boleh menggunakan tangan apabila berada di luar kawasan penalti.

11.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
11.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut: -
a) Menang - 3 mata
b) Seri - 1 mata
c) Kalah - 0 mata
11.2 Sekiranya setelah semua perlawanan Liga selesai, dua (2) pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang :-
a) Kaedah nisbah perbezaan Gol laitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan Gol ‘masuk’ dengan jaringan Gol ‘kena’ akan menduduki tempat yang lebih tinggi.
b) Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan Gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
c) Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.
d) Jika keputuan perlawanan awal diantara mereka seri maka Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.
e) Jika masih tiada keputusan, Jawatankuasa Penganjur akan menentukan pemenang melalui ‘Toss Of Coin’.
11.3 Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan seri maka kemenangan akan ditentukan melalui tiga (3) tendangan penalti dan jika masih seri penalti secara ‘Sudden Death’ akan berkuatkuasa mengikut peraturan Futsal FIFA.

12.0 MASA PERTANDINGAN
12.1 Setiap perlawanan akan berlangsung selama 20 minit (10 minit setiap separuh masa tanpa waktu rehat).

12.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual
yang telah ditetapkan oleh JawatanKuasa Penganjur.

12.3 Pasukan-pasukan tidak berhak meminta satu perhentian masa (time-out) pada kejohanan ini.
12.4 Semua pasukan dikehendaki mendaftarkan diri 30 minit sebelum perlawanan dimulakan dan mestilah berada di gelanggang permainan 5 minit sebelum perlawanan dimulakan.
12.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada Pegawai Perlawanan 5 minit sebelum perlawanan dimulakan.
12.6 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 3 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir dengan kiraan jaringan 3 – 0.
12.7 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan.
12.8 Mana-mana pasukan yang gagal hadir sehingga sesuatu perlawanan itu tidak dapat dijalankan akan dikenakan denda RM50.00.
12.9 Pihak penganjur berhak meminda jadual perlawanan pada bila – bila masa tanpa kebenaran pasukan-pasukan.
12.10 Pengurus pasukan atau wakil pasukan perlu menandatangani Borang Pengesahan Perlawanan selepas tamat perlawanan.

13.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

Jawatankuasa Penganjur akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh Pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti hujan, dll. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah diambil kira.

14.0 PERALATAN PEMAIN

14.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya
kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain ternasuk sebarang barang kemas atau barng perhiasan diri.

14.1 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stokin, shinguard dan kasut getah. Penggunaan kasut adalah wajib dalam pertandingan ini.

14.2 Jersi pemain hendaklah bernombor dan setiap pemain dari pasukan yang sama mempunyai nombor berbeza. Penjaga gol hendaklah memakai warna dimana dengan mudahnya dapat membezakannya dengan pemain-pemain lain dan Pengadil. Sekiranya pasukan tidak mempunyai jersi ataupun warna kedua-dua jersi pasukan adalah sama maka salah satu pasukan akan diberi ‘bibs’ permainan.

14.3 Sekiranya seorang pemain menggantikan Penjaga Gol, pemain tersebut hendaklah melekatkan nombor bajunya di belakang baju Penjaga gol yang dipakainya.

15 BOLA
Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan bola futsal untuk pertandingan ini.

16 PENGADILAN
16.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan Pengadil-pengadil di sepanjang pertandingan yang akan diadakan.Setiap perlawanan dikuasai penuh oleh pengadil perlawanan dan dia mempunyai kuasa penuh untuk menyempurnakan perlawanan tersebut mengikut undang-undang pertandingan.
16.2 Keputusan pengadil berkenaan perkara perlawanan adalah muktamad dan tiada sebarang bantahan tentang keputusan pengadilan akan dilayan.

17 BANTAHAN
17.1 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan. Setiap bantahan akan dikenakan bayaran RM100.00 ( dipulangkan sekiranya bantahan diterima ).
17.2 Sebarang bantahan mengenai kelayakan peserta hendaklah dibuat sebelum tamat pusingan awal. Bantahan yang dibuat selepas itu (pusingan suku akhir) tidak akan dilayan.
17.3 Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Urusetia adalah muktamad.

18 LAIN-LAIN
18.1 Format pertandingan seperti di 5.0 bergantung pada jumlah penyertaan dan boleh diubah pada bila-bila masa.
18.2 Pihak Penganjur berhak meminda atau menukarkan sebarang syarat pertandingan pada bila-bila masa tanpa merujuk kepada peserta-peserta.
18.3 Penyertaan pasukan – pasukan dalam Liga Futsal UMP 2009 adalah pada risiko tersendiri dan pemain – pemain serta penyokong – penyokong pasukan yang terlibat bersetuju tidak akan meletakkan sebarang tanggungjawab kepada pihak penganjur, penaja, badan berkanun serta segala pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pertandingan ini.

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com