UMUM

Liga ini diwujudkan bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan di UMP. Liga ini adalah berbeza sama sekali dengan Kejohanan Futsal yang dianjurkan oleh JHEPA yang lebih kepada kejohanan 1 hari. Liga ini bertujuan memberi ruang kepada peserta untuk menunjukkan bakat yang ada kerana Liga ini akan berlangsung selama hampir 3 bulan.

OBJEKTIF KEJOHANAN

Menjalin silaturrahim dan mengeratkan hubungan antara kakitangan UMP.
Menggalakkan lebih ramai penyertaan kakitangan UMP dalam acara sukan dan riadah.
Memupuk nilai-nilai murni di kalangan peserta.
Menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan warga UMP.
Mengenalpasti kakitangan yang berkebolehan dalam acara sukan ini bagi mewakili UMP.

PENGANJURAN

Liga Futsal UMP ini dianjurkan Jabatan Pendaftar.

FORMAT KEJOHANAN

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 Divisyen dan akan dijalankan secara 2 format iaitu Liga dan Piala Pendaftar.

3 pasukan tercorot Divisyen 1 akan diturunkan ke Divisyen 2, manakala 3 pasukan teratas Divisyen 2 akan dinaikkan ke Divisyen 1.

TARIKH LIGA

Liga Futsal UMP bagi Musim 2011 akan bermula pada 12 Februari 2011 sehingga 26 Mac 2011. Perlawanan akan bermula pada pukul 9.00 pagi setiap Sabtu minggu kedua & keempat bulan Februari & Mac 2011.

Setiap perlawanan akan dilangsungkan selama 20 minit.

LOKASI

Chendering Futsal, Kg. Chendering, Jalan Bypass

NAMA PASUKAN

Pasukan-pasukan yang bertanding akan diberi nama mengikut nama kelab yang bertanding dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com