Majlis Penyerahan Jersi dan Menandatangani Kontrak Pasukan Inter Milan [P & I (RUCI)] |
Gambang - 6 Januari 2009 , 8:00 pagi : Majlis menandatangani kontrak pemain dan penyerahan jersi bagi pemain-pemain skuad P&I atau nama pasukan berdaftar INTER MILAN atau nama lain RUCI (Research, UIC, Cenfed & Innovation). Senarai nama pemain yang didaftar telah diperkenalkan dengan penuh hormat dan menerima tepukan gemuruh disamping kata-kata semangat dari seluruh warga P&I.
Pada majlis tersebut, majlis menandatangani kontrak dan penerimaan jersi telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Ybhg. Prof. Dr. Rosli Mohd Yunus . Beliau juga merupakan salah seorang pemain yang akan bersama-sama berjuang di kejohanan ini. Turut serta dalam majlis ini adalah pengurus pasukan En. Abd. Rahman Ahmad @ Rahman Mourinho dan penaja untuk pasukan ini iaitu En. Abd. Rahman Shafie @ Rahman Abrahimovic yang masih sudi membantu walaupun telah berpindah ke pasukan lain. Walaubagaimanapun perkara ini tidak menjejaskan persiapan dan semangat pasukan malah telah memberikan lebih semangat kepada pemain untuk berjuang. Kerjasama daripada semua pihak terlibat didahului dengan jutaan terima kasih.
Bagi perlawanan pembukaan malam ini,para pemain sudah tidak sabar untuk beraksi berbekalkan semangat jersi baru dan sokongan dari seluruh warga P&I. Buat pasukan lawan, bersedialah menghadapi amukan pasukan RUCI yang membariskan gabungan muka baru dan lama. Semestinya hanya kemenangan yang dicari demi memenuhi harapan semua. Sekian, majulah sukan untuk UMP.
Sila ke Galeri Foto untuk melihat foto-foto majlis menadatangani kontrak.
Buletin P&I