Liga Futsal UMP

Feb 09, 2011 01:29 PM in Forum Liga by labu - Terima Kasih

Feb 21, 2009 10:02 AM in Forum Liga by dnasi - Jaguh Futsal UMP

Feb 19, 2009 06:51 AM in Forum Liga by cesc fabregump - Jaguh Futsal UMP

Jan 23, 2009 03:12 AM in Forum Liga by uteh - Musim 2009 Membuka Tirai

Jan 15, 2009 10:40 AM in Forum Liga by khotopkana - khutubkanah melapor diri

No Upcoming Events

No New Photos

Penundaan Perlawanan

Posted Thu Mar 24, 2011 - 05:35 AM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia…

Dukacita dimaklumkan, bahawa Liga Futsal UMP 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2011 (Sabtu) /(9.00am – 5.00pm) terpaksa DI TUNDA pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Diminta semua pengurus pasukan yang bertanding (Divisyen 1 & 2) mengambil inisiatif memberitahu kepada semua pemain masing –masing berkaitan hal ini.

Pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan yang berlaku, dan segala info yang berkaitan dengan Liga Futsal UMP 2011 akan diberitahu dari masa ke semasa.
Sekian

Majulah Sukan Untuk UMP!!!!!

Penundaan Perlawanan

Posted Wed Feb 23, 2011 - 05:32 AM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia…

PERHATIAN!!! Kepada semua pengurus pasukan & pemain yang menyertai kejohanan Liga Futsal UMP 2011.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari 2011 (Sabtu) ini terpaksa DITUNDA pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kesulitan ini amat dikesali dan diharap semua pengurus pasukan mengambil inisiatif memberitahu kepada para pemain berkenaan perkara ini.

Pihak urusetia akan memaklumkan info terkini berkaitan kejohanan ini dari masa ke semasa.

Dilampirkan sekali keputusan pada hari pertama pertandingan (12 Februari 2010) untuk makluman semua:

Divisyen 1
Bil. Jadual Perlawanan Keputusan
1 Arsenal (JPPH A) vs A. Madrid (FKKSA) 3-0
2 Porto(Perpustakaan) vs Chelsea (JHEPA) 4-3
3 Barcelona (FKM) vs Valencia ( Jbt. Pendaftar A) 0-3
4 Porto(Perpustakaan) vs A.Madrid (FKKSA) 6-4
5 Arsenal (JPPH A) vs Chelsea (JHEPA) 5-3
6 Valencia (Jbt. Pendaftar A) vs Porto (Perpustakaan) 5-1
7 Chelsea (JHEPA) vs Barcelona (FKM) 3-0

Divisyen 2
Bil. Jadual Perlawanan Keputusan
1 Tottenham (PBMSK) vs Celtic (PTMK) 3-1
2 Glasgow (Jbt. Pendaftar B) vs Liverpool (FKASA B) 3-5
3 Bayern (PNC) vs Tottenham (PBMSK) 3-3
4 M.United (FSKKP/FKPPT/FIST) vs Sevilla (Bend) 3-0
5 Villareal (JPPH B) vs Glasgow (Jbt. Pendaftar B) 1-5
6 Liverpool (FKASA B) vs Bayern (PNC) 5-5
7 Tottenham (PBMSK) vs Glasgow (Jbt. Pendaftar B) 1-4
8 Celtic (PTMK) vs M.United (FSKKP/FKPPT/FIST) 5-0
9 Sevilla (Bend) vs Juventus (Keselamatan) 0-3
10 Bayern (PNC) vs Celtic (PTMK) 1-3
11 Villareal (JPPH B) vs Juventus (Keselamatan) 4-3

Majulah Sukan Untuk UMP!!!!!
Sekian

Hari Pertama Liga!!!!!!

Posted Mon Feb 14, 2011 - 04:15 AM

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding!!!...Hari pembukaan Liga Futsal UMP 2011 yang berlangsung pada Sabtu lepas (12/02/2011) telah selamat dijalankan....Semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh setiap pasukan dan memberi tentangan yang sengit di setiap perlawanan....Kepada yang menang diucapkan tahniah dan yang kalah juga jgnlah berputus asa...kerana perjalanan masih panjang...Diharap, semua pasukan akan lebih memberi saingan pada perlawanan yang akan datang....

Debaran semakin terasa!!!!!!

Posted Thu Feb 10, 2011 - 02:08 AM

TAHNIAH!...diucapkan kepada pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan untuk menyertai kejohanan Liga Futsal UMP 2011...Adakah Arsenal akan mengekalkan kejuaraan yang mereka kecapi 2 tahun berturut-turut selaku juara bertahan?...Kita nantikan sehingga di akhir saingan..... Kepada pasukan-pasukan yang bertanding,kami selaku pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih atas sambutan anda bagi memeriahkan lagi saingan Liga Futsal UMP pada edisi kali ini.....Go!!! Go!!!! Futsal UMP!!!!!

Pendaftaran Pasukan Untuk Kejohanan Liga Futsal UMP 2011

Posted Wed Jan 26, 2011 - 09:42 AM

Berhubung pengumuman yang dipaparkan sebelum ini, pihak penganjur berbesar hati memaklumkan bahawa Kejohanan Liga Futsal UMP 2011 akan berlangsung seperti ketentuan berikut:
Tempat : Chendering Futsal, Kg. Chendering (Jalan Bypass)
Tarikh/Masa : 12 Februari 2011 (Sabtu) / (9.00am - 1.00pm)
26 Februari 2011 (Sabtu) / (9.00am- 1.00pm)
12 Mac 2011 (Sabtu) / (9.00am- 1.00pm)
26 Mac 2011 (Sabtu) / (9.00am - 1.00pm)
Yuran : RM 300.00 / pasukan

Kepada semua pengurus pasukan, borang penyertaan boleh didapati, dengan KLIK DISINI. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 31 Januari 2011.

Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan & penyampaian hadiah untuk Kejohanan Liga Futsal UMP 2010 akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 07 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 2.30pm - 4.30pm
Tempat : Bilik Latihan KPU

* Penggunaan jersi bernombor adalah DIWAJIBKAN pada edisi kali ini.

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com