Forums » Syarat dan Peraturan » Peraturan 2.3

Messages for Peraturan 2.3

Comment Posted by asri Dec 18, 2008 02:59 AM

Salam. Minta urusetia tgk balik peraturan 2.3.
"2.3 Untuk memulakan perlawanan, bilangan minimun pemain untuk satu pasukan adalah 5 orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain diperintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga (3) Pemain (termasuk Penjaga gol), maka permainan hendaklah dibatalkan dan keputusan semasa dikekalkan."

satu pertanyaan, kalau pasukan saya leading 2-0 dan kami purposely buat 3 org kena buang padang, adakah keputusan 2-0 kemenangan kami akan kekal? f yes, then I see this as an opportunity to finish the game much earlier when i am leading. Kalau x silap saya, kebiasaannya apabila permainan di batalkan, kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang masih mempunyai 3 pemain atau lebih di atas padang dan bukannya mengekalkan keputusan semasa.

-sekadar memberi pandangan-

Comment Posted by murad Dec 18, 2008 04:21 AM

Terima kasih atas maklumbalas dan sokongan.

Perkara 2.3 adalah berkaitan dengan 7.3:-

7.3 Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang berlainan akan dihukum satu (1) perlawanan. Kad kuning yang diterima akan dibawa ke Pusingan seterunya. Pemain yang menerima 1 kad merah atau 2 kad kuning dalam satu perlawanan yang sama akan digantung 2 perlawanan. Pemain yang telah menerima kad merah dan dibuang padang tidak boleh mengambil bahagian lagi dalam perlawanan tersebut malah juga tidak dibenarkan berada di kawasan permainan. Pemain gantian dibenarkan memasuki padang untuk mengganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan tetapi sekiranya pasukan lawan berjaya menjaringkan gol sebelum tamat 2 minit tersebut maka pemain gantian itu boleh masuk menggantikan pemain yang dibuang padang.

Pemain gantian dibenarkan untuk menggantikan pemain yang dibuang padang tetapi selepas 2 minit atau selepas pihak lawan menjaringkan gol. Ini bermakna kemungkinan sesuatu pasukan yang tidak cukup pemain ( seperti kurang dari 3 orang ) adalah tipis.

Namun pihak kami akan membawa perkara ini didalam mesyuarat urusetia yang akan diadakan pada hari Jumaat 19 Dis 2008.

Harap maklum.Terima kasih.

Comment Posted by uteh Dec 18, 2008 05:16 AM

Bagi menjawab segala persoalan..

Sebenarnya peraturan tidak menetapkan perkara yang telah ditanya oleh En Asri..Walaupun kebarangkalian untuk setiap perlawanan kurang dari 3 pemain adalah rendah akan tetapi peraturan hendaklah dinyatakan bagi memuaskan hati semua pihak sekiranya perkara seumpama ini berlaku.

Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang berlainan akan dihukum satu (1) perlawanan. Kad kuning yang diterima akan dibawa ke Pusingan seterunya. Pemain yang menerima 1 kad merah atau 2 kad kuning dalam satu perlawanan yang sama akan digantung 2 perlawanan. Pemain yang telah menerima kad merah dan dibuang padang tidak boleh mengambil bahagian lagi dalam perlawanan tersebut malah juga tidak dibenarkan berada di kawasan permainan. Pemain gantian dibenarkan memasuki padang untuk mengganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan tetapi sekiranya pasukan lawan berjaya menjaringkan gol sebelum tamat 2 minit tersebut maka pemain gantian itu boleh masuk menggantikan pemain yang dibuang padang.

Sekiranya pasukan tidak cukup pemain (seperti kurang 3 pemain) keputusan perlawanan bukanlah diambil dari keputusan semasa tetapi pasukan yang menerima 2 kad merah di kira kalah dan keputusan perlawanan semasa dibatalkan.Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai kurang 3 pemain,barulah keputusan semasa siambil kira.
Sekian,harap maklum.

Bell

You must be logged in to post a new message.

Proceed to the signup page to create an account if you don't already have one or login if you already have an existing account.

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com