News for Liga Futsal UMP

Forum telah diaktifkan

Posted Thu Dec 18, 2008 - 02:06 AM

Forum Liga kini telah dibuka kepada 'user'. Kepada sesiapa yang ingin menyertai forum tersebut anda haruslah mendaftar sebagai 'user' terlebih dahulu.

Jabatan Pendaftar giat jalani latihan

Posted Tue Dec 16, 2008 - 07:39 AM

Gambang - Pasukan Jabatan Pendaftar giat menjalani latihan bagi persediaan menghadapi Liga Futsal UMP. Pengurus Pasukan, En. Azizi Abu Seman yang baru pulang bercuti, akan memastikan setiap pemain menunjukkan prestasi yang mantap dalam setiap perlawanan.

Sesi latihan telah berjalan dan beberapa perlawanan persahabatan telah dan bakal diatur bagi memberi peluang pemain-pemain untuk menunjukkan bakat mereka.

"Saya akan memastikan semua pemain sentiasa fokus dalam perlawanan nanti", ujar belaiau dalam loghat Kedahnya.

Jabatan Pendaftar menyandarkan harapan kepada 2 ayam tambatannya iaitu Yoe dan Gump untuk melakarkan kejayaan pada Liga Futsal UMP.

Paparan berita

Posted Tue Dec 16, 2008 - 07:29 AM

Setiap pasukan digalakkan menghantar berita mengenai perkembangan pasukan masing-masing seperti penajaan, perlawanan pra-musim, kecederaan pemain dan sebagainya untuk dipaparkan dalam Laman Web Liga.

Buat masa sekarang, berita yang hendak dipaparkan hendaklah dimemokan kepada Admin (Muradzuddin).

Pendaftaran sebagai 'user' di laman Web Liga

Posted Tue Dec 16, 2008 - 07:26 AM

Pendaftaran sebagai 'User' di laman web ini telah dibuka. Sila mendaftar melalui laman web ini.

Perhatian kepada Pengurus Pasukan

Posted Tue Dec 16, 2008 - 07:21 AM

Kepada Pengurus Pasukan yang akan bertanding dalam Liga Futsal UMP, sila sahkan penyertaan pasukan dengan menghubungi melalui Memo atau Telefon kepada Urusetia.

Ini bagi memudahkan kami membuat persediaan bagi pengundian nama pasukan.

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com