News for Liga Futsal UMP

Majlis Penyerahan Jersi dan Menandatangani Kontrak Pasukan Inter Milan [P & I (RUCI)]

Posted Tue Jan 06, 2009 - 09:20 AM

Gambang - 6 Januari 2009 , 8:00 pagi : Majlis menandatangani kontrak pemain dan penyerahan jersi bagi pemain-pemain skuad P&I atau nama pasukan berdaftar INTER MILAN atau nama lain RUCI (Research, UIC, Cenfed & Innovation). Senarai nama pemain yang didaftar telah diperkenalkan dengan penuh hormat dan menerima tepukan gemuruh disamping kata-kata semangat dari seluruh warga P&I.

Pada majlis tersebut, majlis menandatangani kontrak dan penerimaan jersi telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Ybhg. Prof. Dr. Rosli Mohd Yunus . Beliau juga merupakan salah seorang pemain yang akan bersama-sama berjuang di kejohanan ini. Turut serta dalam majlis ini adalah pengurus pasukan En. Abd. Rahman Ahmad @ Rahman Mourinho dan penaja untuk pasukan ini iaitu En. Abd. Rahman Shafie @ Rahman Abrahimovic yang masih sudi membantu walaupun telah berpindah ke pasukan lain. Walaubagaimanapun perkara ini tidak menjejaskan persiapan dan semangat pasukan malah telah memberikan lebih semangat kepada pemain untuk berjuang. Kerjasama daripada semua pihak terlibat didahului dengan jutaan terima kasih.

Bagi perlawanan pembukaan malam ini,para pemain sudah tidak sabar untuk beraksi berbekalkan semangat jersi baru dan sokongan dari seluruh warga P&I. Buat pasukan lawan, bersedialah menghadapi amukan pasukan RUCI yang membariskan gabungan muka baru dan lama. Semestinya hanya kemenangan yang dicari demi memenuhi harapan semua. Sekian, majulah sukan untuk UMP.


Sila ke Galeri Foto untuk melihat foto-foto majlis menadatangani kontrak.

Buletin P&I

Bayern Munich Sedia Memberi Cabaran

Posted Tue Jan 06, 2009 - 05:30 AM

Gambang, Kuantan: Pasukan gabungan yang di anggotai pemain dari PNC, Jabatan Bendahari dan TNC(A&A) yang dikenali sebagai team 'Bayern Munich' telah bersedia untuk memberi cabaran kepada mana-mana pasukan yang ditentang sepanjang Liga Futsal UMP 2009 berlangsung.

Bayern Munich akan memulakan cabaran dalam pusingan 'Play off' dengan menentang pasukan AC Milan (FKASA A) yang memang dikenali sebagai pasukan yang cukup kental dan sukar untuk ditewaskan. Menurut kata pengurus pasukan "Pasukan Bayern Munich yang dianggotai staf dari PNC, Bendahari dan TNC(A&A) akan memberi cabaran sepenuhnya kepada mana-mana pasukan yang ditentang. Pasukan ini tidak meletakkan sasaran yang tinggi dalam kejohanan ini, hanya mensasarkan untuk layak bertanding dalam peringkat seterusnya dan tersenarai dalam 8 pasukan terbaik UMP".

Berita oleh iezor

Kehadiran peserta

Posted Tue Jan 06, 2009 - 05:29 AM

Kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian, sila hadir sebelum 8.45 malam ini.

Kepada para pengurus pasukan, mohon untuk maklumkan kepada pemain masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Penukaran nama pasukan

Posted Tue Dec 30, 2008 - 02:57 AM

Kepada pasukan yang ingin menukar nama pasukan, sila berbuat demikian sehingga 09hb Januari 2008. Nama pasukan baru hendaklah diambil daripada nama2 kelab bolasepak. Ini bagi memberi peuang kepada pasukan masing-masing untuk mencari jersi berdasarkan jersi kelab sebenar.

JHEPA mula tunjuk taring

Posted Tue Dec 30, 2008 - 02:50 AM

Arena Futsal 24 Dis 2008 : Pasukan JHEPA selaku Juara bagi Futsal Antara Jabatan baru-baru ini telah mengadakan perlawanan persahabatan pertama dengan JPPH dan hasil daripada perlawanan tersebut JHEPA telah mengalahkan JPPH dengan jumlah jaringan yang agak besar iatu 15 gol berbalas 9.

Walaupun dalam permainan tersebut ramai pemain JHEPA A (Real Madrid) tidak dapat turun bermain kerana Komitmen kepada keluarga tetapi semangat yang ditunjukkan dan hasil gabungan JHEPA B (Chelsea) tidak mengecewakan penonton yang hadir terdiri dari Staf JHEPA sendiri.

Menurut kata Pengurus Pasukan, En Arman Rahim,"JHEPA adalah sebuah pasukan yang pasti memggerunkan pasukan lawan kerana pasukan JHEPA sudah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan Play-Off nanti"

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com