News for Liga Futsal UMP

Mewakili UMP bagi Kejohanan Sukan Staf

Posted Thu Feb 19, 2009 - 06:42 AM

PEMAKLUMAN

Kepada mana-mana individu yang berminat untuk mewakili UMP, sila memo no. id kepada En. Rais Dermawan (Unit Sukan, JHEPA). Sesi pemilihan pemain akan diadakan pada minggu hadapan.

Arsenal(JPPH A) mahu benam Valencia (Jab. Pendaftar)

Posted Tue Feb 17, 2009 - 02:22 AM

Gambang - Arsenal bertekad untuk membenam cabaran Valencia apabila kedua-dua pasukan bertemu malam ini. Pertemuan malam ini dijangka hebat kerana kedua-dua pasukan telah mencatatkan 100% kemenangan.

Arsenal akan menyandarkan harapan kepada Aizudin dan Sabrizam dalam melakarkan kemenangan malam ini.

Walaubagaimanapun, Valencia tidak rela berputih mata malam ini setelah mempamerkan permulaan yang cemerlang.

PEMAKLUMAN:Penundaan Perlawanan pada 27hb Januari 2009

Posted Tue Jan 20, 2009 - 03:02 AM

PEMAKLUMAN

Perlawanan pada minggu ketiga iaitu pada 27hb Januari 2009 akan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Perlawanan pada 3hb Februari 2009 dan seterusnya akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan urusetia di 2648 (Muradzuddin)/2523(Ikhsan) dan 2522 (Azizul).

Perlawanan Minggu Kedua

Posted Tue Jan 20, 2009 - 02:47 AM

Gambang-Malam ini akan berlangsung 6 lagi perlawanan yang melibatkan 3 perlawanan Divisyen 1 dan 3 perlawanan divisyen 2. Perlawanan pertama menemukan 2 pasukan yang tidak bermain pada minggu pertama, Manchester United(FSKKP/FKPPT/FIST) menentang Juventus (Keselamatan).

Perlawanan kedua pula akan menyaksikan Roma(FKEE/PBMSK) bertemu dengan Celtic (PTMK). Roma yang mengalami kekalahan pada perlawanan pembukaan liga, pasti ingin memungut 3 mata penuh apabila berhadapan dengan Celtic.

Satu-satunya pasukan yang membariskan pemain antarabangsa, Atletico Madrid(FKKSA) pula akan membuat perhitungan dengan Liverpool (FKASA). Liverpool yang keciciran mata, pasti tidak mahu memungut 3 mata penuh bagi memberi saingan kejuaraan Divisyen 2.

Bagi Divisyen 1, Arsenal ( JPPH A ) akan turun beraksi menentang Inter Milan ( P&I). Kedua-dua pasukan pasti berazam untuk menewaskan lawan masing-masing bagi memungut 3 mata penuh. Ini merupakan perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan.

Jentera serangan Valencia ( Jab. Pendaftar ) pula akan diuji malam ini, apabila bertemu dengan AC Milan. Keputusan luar dugaan yang dilalui oleh AC Milan pada perlawanan pertama, pastinya mahu ditebus pada malam ini. Pertembungan ini dijangka sengit dengan AC MIlan mahu memungut 3 mata, manakala Valencia pula mahu meneruskan rentak kemenangan mereka.

Perlawanan terakhir pula akan menemukan 2 pasukan yang tewas pada minggu lepas, Lyon dan Chelsea. Sudah tentu kedua-dua pasukan ini mahukan 3 mata penuh dan saingan yang menarik bakal disaksikan malam ini.

Kepada kakitangan UMP anda dijemput untik menyaksikan perlawanan minggu kedua yang akan berlangsung malam ini bermula jam 9.00 malam di Arena Ria Futsal, Taman Polo, Bandar Indera Mahkota.

Jadual Liga

Posted Thu Jan 08, 2009 - 06:25 PM

Jadual Liga Futsal Musim 2009 telah dikeluarkan. Setiap pasukan boleh menyemak jadual perlawanan membabitkan pasukan masing-masing mulai hari ini.

Pihak Penganjur juga sedang berusaha untuk mengadakan perlawanan liga pada hari lain bagi tujuan mempercepatkan tempoh liga berlangsung.

Various icons used from the Silk Icons library.

www.redzoneleagues.com